http://www.intangarden.com/malay/

Sabtu, 15 Mac 2014

Ruang Dapur Kayu Cengal

Ruang Dapur Kayu Cengal

Anda ingat lagi tak post kami yang lalu mengenai 'outdoor coffee table'...?, projek di bawah ni merupakan salah satu daripada hasil usaha kerja kami untuk memenuhi hajat tuan rumah yang sama di Taman Aman Perdana.

Ruang dapur ini pada asalnya merupakan pergola yang dibina beratapkan 'polycarbonate' untuk tujuan memberi redupan pada bahagian belakang dapur, namun atas kreativiti tuan rumah, beliau meminta kami beri sedikit 'touch' dan convert ruang ini kepada 'dapur luar' i.e. 'outdoor kitchen'.



Inilah hasilnya...
selepas seminggu mengerjakannya menggunakan 2 tenaga kerja. Sekarang ruang ini telah menjadi ruang dapur basah untuk kemudahan keluarga tuan rumah memasak dengan lebih selesa.



Kerja-kerja ini dibuat dengan teliti agar tidak ada bahagian yang kelihatan 'tidak siap'.



Gambar dari pandangan bahagian belakang rumah, view ini juga merupakan muka kepada binaan dapur ini. Kami beri sentuhan ukiran yang agak basic agar binaan ini tidak kelihatan terlalu hambar dan tidak juga keterlaluan, just nice....



Semoga tuan rumah lebih selesa dengan adanya binaan kami seadanya ini, sekian... wallahualam.

sharing is caring...

Intan Garden 
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)

019 9615213 Technical Support (teknikal) 
Catat Ulasan