http://www.intangarden.com/malay/

Rabu, 21 Mei 2014

Projek Porch Kayu, Teluk Intan

Projek kali ini adalah kemasan Porch Kayu di sebuah taman perumahan di Teluk Intan. Projek ini menggunakan kayu cengal pada kerangka asas (main structure) dan campuran kayu keras untuk bahagian yang lain-lain. Porch ini beratapkan concrete tiles yang berwarna coklat, mengikut warna asal atap rumah.



Projek ini merupakan idea dan design asal Intan Garden, tiang porch diperbuat
daripada kayu cengal bersaiz 6", beam cengal 6"x2" disokong oleh bidai lattice cengal dan bidai sisi cengal segitiga (tetupai), corak ukiran yang agak basic dan muka limas yang simetric.



Porch kayu ini juga dihiasi dengan dinding tindih kasih disebelah kiri dan aksesori-aksesori termasuk dua jantung pisang dan penunjuk langit sebagai trade mark Intan Garden.



Anggaran kos projek adalah sekitar RM10K hingga 13K (harga semasa mungkin berupah) bergantung kepada jenis kayu, saiz kayu yang digunakan, bentuk/ jumlah ukiran dan juga pemilihan dan penambahan aksesori.

Sekian, wallahualam.
Intan Garden 
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/

019 5555213 Order (tempahan)
019 9615213 Technical Support (teknikal)  
Catat Ulasan