http://www.intangarden.com/malay/

Rabu, 20 April 2016

Projek : Pagar Kayu di Sg Sumun

Satu lagi projek dari Intan Garden yang siap pada bulan Jan 2016, kepunyaan seorang peminat kayu dari Shah Alam, selangor. Pagar ini walau bagaimanapun dipasang di rumah ibu bapa beliau di Parit 2 Sg Sumun, Bagan Dato, Perak.

Pagar yang dibuat menggunakan campuran kayu-kayu cengal, balau dan kempas ini bercirikan warisan nusantara melayu lama.

Pagar ini dipasang sebagai pembahagi sudut kepada tempat santai/ patio di bahagian bawah rumah. Selain pagar, projek ini dihiasi dengan ukiran tetupai di sudut buncu atas. 

Warna pilihan pelanggan ialah dark brown, outdoor timber tone finished.

Kos pembinaan untuk saiz pagar sebegini adalah di dalam lingkungan RM3,500 bergantung kepada bentuk, saiz dan ukiran mengikut kehendak pelanggan. Terdapat juga lain-lain design pagar sebegini yang boleh menjadi pilihan.

Wallahualam,

Intan Garden 
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)

019 2695213 Technical Support (teknikal)
Catat Ulasan