http://www.intangarden.com/malay/

Ahad, 7 Mei 2017

Petua Cantik Wanita Melayu

"....wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia bangsa misteri ini, jika kita ingin mengenali bangsa, kita perlu tahu apakah signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa ini. Bangsa misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan perubatan dan kecantikan dan awet muda. Bangsa misteri ini selain menggunakan bunga-bungaan, sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan, siapakah bangsa misteri ini........"

Kata-kata di atas dipetik dari nukilan seorang pengkaji dan penulis tempatan mengenai salasilah sebenar bangsa Melayu yang hampir terpadam di tenggelam zaman.

Secara umumnya, tidak ada wanita yang tidak menginginkan wajah yang sempurna, baik yang muda mahupun yang sudah berumur kerana fitrah wanita yang sukakan kecantikan. Lalu pelbagai cara dan petua digunakan sejak zaman berzaman.

Alam Melayu terutamanya amat popular dengan ilmu 'penjagaan' diri sejak dahulu kala kerana bangsa ini pernah terkenal dengan jolokan bangsa yang lemah lembut, ayu, cantik dan pelbagai lagi kata-kata indah yang melambangkan keanggunan seorang insan bernama WANITA MELAYU.

Zaman berganti zaman, kita dilambakkan dengan pelbagai kaedah terkini dan juga kebanjiran pelbagai produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan hasil yang sempurna dalam masa yang singkat. Namun adakah produk yang anda pakai selama ini benar-benar tulen, menjanjikan apa yang 'dijanjikan' dan yang paling penting adakah ia selamat? bebas dari sebarang bahan racun merbahaya yang boleh memberi kesan jangka pendek atau mendatangkan kesan pada jangka panjang? tepuk dada tanya diri anda sendiri.

Permulaan Bicara
Sementara penulis dapat menulis lebih lanjut mengenai petua kecantikan di alam Melayu sejak zaman berzaman dan apakah cara-cara mahupun produk-produk yang disarankan oleh penulis, anda boleh berkongsi idea dengan rakan penulis yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang kecantikan dan telah mencuba pelbagai produk2 tempatan sehinggalah bertemu dengan kaedah ini. Anda juga boleh mencuba kaedah rawatan muka, gandingan petua lama dengan produk terkini yang dijamin selamat dan bebas dari bahan tercemar.

Sekian, Wassalam...


JOM JELAJAH CANTIK bersama teman saya.
#jomjelajahcantik

Catat Ulasan